Forum Astral Projection Malaysia
Silalah Login dahulu atau Register sebagai Ahli Komuniti Astral untuk mendapatkan manfaat yang penuh dari Forum dan berkenalan serta berkomunikasi sesama Ahli Komuniti Astral..


Selamat datang kepada semua Penjelajah Astral!
 
Astral PortalHomeCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsLog inRegister

Share | 
 

 Koleksi Lawak Jenaka

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 30
Location : Negara Atas Awan

PostSubject: Koleksi Lawak Jenaka   9th November 2010, 9:47 am

Seat ke Sid?

peristiwa ini berlaku di dalam sebuah kelas...

beberapa orang yang terlibat bernama tan, fook, wan, dan sid (seat ??)

tan yang mempunyai masalah perut sering datang lambat ke kelas...

setibanya di kelas, dia terus bertanya kepada rakan2 yang telah berada di dalam kelas...

"sid ada??" kata tan

lalu fook menjawab " sid ada kat depan"

lalu tan dengan gopohnye terus menjerit untuk memanggil sid di hadapan "sid, sid, sid...."

kemudian fook cakap "seat kosong banyak kat depan, tapi sid belum sampai"
1 kelas gelak besar...

lalu tan meneruskan perjalanan ke tandas dengan perasaan malu untuk membuat pelaburan hihihihi


budak 7-11

maybe ada orang tak dapat tangkap lawak ni..lawak kasar ni..

Pada 1 malam, aku masuk ke dalam sebuah 7-11 di sebuah tempat di area damansara...

masuk dalam 7-11 terusla carik budak yang jaga kaunter sebab aku nak fotostat ic..esok ada interview doh hiihh

dalam 3minit gakla baru budak tu kar dari store...nasib baik aku tak rompak 7-11 tu haha

pastu aku cakap la dengan budak tu (laki muke macam gns gakla)..

"Dik, tolong fotostatkan IC ni, buat 2 salinan"

bdk 7-11 "ok...eh kejap bang...tengok dulu abg puas ati ke tak"

"kalau tak puas ati nak buat ape? nak gaduh ke?" jawab aku selamba

Budak 7-11 "takdela macam tu bang" sambil muke agak ketakutan...

'gurau je dik' hihihi


nurse yang seksi


Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. .
Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".


Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

war kah kah...agak-agak ape jadi kepada Feddy?muntah?pengsan? atau buat-buat exident hakhak hakhak

cerita ceritooooooooot

1. Pada malam yang sunyi lagi sepi seorang lelaki memandu berdekatan kawasan perkuburan tiba-tiba terlihat lembaga menahan keretanya,dia pun menumpangkan lembaga itu yang berbau harum beberapa minit kemudian dia berbau busuk... dia menoleh kearah lembaga itu ... lembaga itu tersenyum sambil berkata maaf cik saya terkentut...

2. Seorang doktor di hospital gila melawat pesakitnya di wad. Ada seorang pesakit sedang menyanyi dalam keadaan meniarap dan kemudian menukar posisi terlentang pula. Apabila ditanya oleh doktor mengapa dia berbuat demikian, dia menjawab, "Tadi side A sekarang Side B pulak".

3. Lokasi: Tanjung Rambutan Doktor: Ali.. berita gembira utk awak..oleh kerana awak telah selamatkan seorang pesakit dari lemas di kolam mandi, saya dapati awak telah sihat dan berita sedih, pesakit yg awak selamatkan itu telah mati gantung diri..Ali: Oh yer..dia bukan gantung diri tapi saya sidai dia supaya cepat kering... Doktor:

4. Satu hari seorang jutawan melawat ke Taman Bahagia, Tg. Rambutan. Jutawan: Sayalah Jutawan... ... .Apa kabar Pesakit mental: Ello encik, jangan cakap itu macam... ..dulu saya cakap itu macam, sekarang tengok, saya sini jugak duduk... Jutawan:

5. Seekor itik melakukan magic menghilangkan sebatang kayu kepada seekor cicak. Apabila selesai menghilangkan kayu itu, cicak pun menepuk tangannya kerana gembira tetapi tiba-tiba si cicak menangis!! Kenapa cicak menangis?? Sebab tangan cicak tu melekat !!! jangan marahh... !!!
Posted by amins at 9:09 AM 0 comments
cite-cite budak-budak...

Ada 3 orang budak bersembang pasal cita-cita dia orang....
Lina:ko dah besar nak jadi apa?
Ah chong: saya da besa nak jadik Superman woo
Lina: saya dah besar nanti jadik supergirl
Ahmad:(Sambil korek idung) Saya nak jadi supermarket. .. macam-macam ada....


tershepit

Sorang husband balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan..
Bila bini dia tanya, katanya... masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt di depan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak kat celah ponggong dia, so, dengan baik atinya, dia tarik le....
so, awek tu bengang, terus tumbok dia...
"Debuk" lebam nombor 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata... 'mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi'...so, dia pun tolak le balik kain tu masuk... dan seterusnya "debuk" untuk lebam ke2 di mata kiri...


Kesian... kan?
dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarah danpatah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal...
Posted by amins at 9:01 AM 0 comments
THURSDAY, SEPTEMBER 18, 2008
Lailatul Qadar

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid.

Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar, " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..*****, " sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.

Terima sahajalah.

Jangan melawan.

teh panas@sejuk

Di suatu pagi yg menyinar..di warung kopi,terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini..”berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk”…jawab tuan warung..”teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20…”..maka org asli tersebut meminta teh panas..

apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis….berasap abis mulut orang asli itu...pelik tuan warung melihatnya….lalu beliau bertanya..”kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??”

jawab si org asli tersebut..”emm..memang panas...mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar Rm1.20..saya ada Rm 0.70 je..”..tuan warung pun tersengih…
Posted by amins at 1:17 AM 0 comments
Rolls Royce

Setelah menyimpan wang selama 20 tahun, Zariff ke bilik pameran Rolls Royce utk membeli keta idamannya…Tapi malang sungguh, selepas dikira balik wangnya tu, tak cukup lak $10 lagik..

“Tunggu Jap,” kata Zariff kepada jurujual

Dia terus menuju ke tepi jalan raya utk cari sesaper yg dapat meminjamkan wang kat dia… Tiba2 dia terpandang seorang lelaki sedang duduk bersantai di kerusi sambil baca paper…

“Encik! Tolong pinjamkan saya $10. Saya nak beli keta Rolls Royce,”kata Zariff kat mamat tu.

Mamat tu tengok Zariff atas bawah..pastu atas balik… dia pun kata…..

“Nah! Amik $20 ni. Belikan saya satu!” kata mamat tu selamba…….


saudagar keldai

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2, 3… 9

‘Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor,’ dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

‘1,2,3,4,5,6, 7,8,9,10. .huh cukup pun,’katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar.Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai2nya.Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, “Lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor”.


SAM & DOL...

Ikan Emas...
SAM: Kau kata ikan emas peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku jumpa ia mati dalam air!


Kedai RM2
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!!


Susu Segar...
SAM: Kenapa kau cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
Posted by amins at 9:19 PM 0 comments
SAM & DOL

AIDS...
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

Dinner....
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!

Kopi...
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

Hantu...
SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer..
Posted by amins at 9:16 PM 0 comments
org gila (matahari)

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) "Kamu tahu tak?"

Orang gila 2 : "Tahu apa?" Orang gila 1 : "Aku nie matahari ( sambil mengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia ini disebabkan aku!"

Orang gila 2 : ( dalam hati ) "Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa..."

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : "Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya."

Dokter : "Kenapa?"

Orang gila 2 : "Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkat tangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yang buat."

Dokter : "Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun."

Orang gila 2 : "Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti..."

Dokter : "???"


Papa & Mama

Di suatu pagi, seorang anak lelaki keluar dari biliknya dan bertanya pada neneknya:
"Nenek, mana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik..." neneknya menjawab.
Anak itu tertawa kemudian sarapan sendirian lalu pergi sekolah. Ketika pulang.. anak lelaki bertanya lagi pada neneknya:

"Dimana Papa dan Mama?"
"Mereka masih di dalam bilik" neneknya kembali menjawab.
Anak itu tertawa geli, lalu menghabiskan makan tengaharinya dan pergi bermain. Malam harinya barulah anak lelaki tadi pulang untuk makan malam. Sebelum makan, si anak itu bertanya lagi pada neneknya:
"Di mana Papa dan Mama?"
"Masih di dalam bilik" jawab nenek.
Anak itu tertawa geli.
"Kenapa dari tadi aku perhatikan engkau ketawa saja?!" tanya neneknya dengan nada tinggi.
Si anak menjawab,
"Semalam Papa masuk ke bilik saya untuk meminta gel pelembab kulit, tapi saya bagi gam Super Glue..."
Posted by amins at 8:44 PM 0 comments
Org Kaya Baru

Nak di jadikan cerita.. ada la sorang kaya baru, asalnya di kampung saja.. tapi disebabkan tanahnya kena projek KLIA, jadi jutawan segera la dia. Waktu dia susah dulu.. teringin sangat dia nak pi K.L, so lepas dah jadi kaya, tanpa membuang waktu, dia pun ke K.L laa.

Pasai banyak duit, dia pun bawak la sorang body guard merangkap pembantu peribadi. Di K.L, dia menginap di K.L International Hotel. Sampai di sana lebih kurang pukul 10:00 pagi... perut dia pun agak berkeroncong sikit la.
Selepas check-in, dia bagi tau kat pembantu dia..

O.K.B (Orang Kaya Baru ) : Mat...aku lapag ni , belikan aku mee yang spesial satu.

Mat : Oke Boss...tapi mee yang spesial tu macam mana Boss ?

O.K.B : Ishk..hang niii, mee yang spesial tuu..pakai telog dua biji laa..

Mat : Ooooo....siap Boss.

Lepas tu ..makan la si O.K.B mee spesial tu. Mai time pukul 3:00
ptg, perut O.K.B tu berkeroncong lagi. Lalu dia panggil pembantu dia tu..

O.K.B : Mat..! Aku lapag nihh , pi beli nasi goreng spesial satu.

Mat : Nasi goreng spesial ..? Yang pakai telog dua tu Boss ..?

O.K.B : ...waaaa , dah pandai dah hang Mat , no ?..cukup tau aku punya taste...

Mat : Mesti laa Bosss..bagi saya 10 minit saja Bosss...

Lepas siap makan, O.K.B tu tertidur la sampai maghrib.. dia pun terbangun pasai air-cond sejuk sangat . Pasai dah tidog sepetang dah, dia pun susah la nak tidog lagi. Bergulung pi berguling mai, tak leh tidog juga.. air-cond pun sejuk gila... jadi 'adik' dia pun dok 'stand by' saja laa.. Tak tau nak buat macam mana ngan sejuk lagi, dia pun panggil pembantu dia lagi...

O.K.B : Mattt !!!....

Mat : Yaaaa..Boss,

O.K.B : Mai sini sat...Mat : Ada apa Boss...?

O.K.B : Mat...'adik' aku minta laaa..(dgn nada berbisik ) Hang pi cari awek yang spesial kat aku sorang, yang spesial tau.

Mat : (sambil tergaru-garu kepala)..oke Boss !

Si Mat ni mana la tau pasai awek-awek yang boleh 'pakai' ni. Tapi, Boss punya pasai dia pun pi la cari jugak.... Sejam kemudian dia pun pi la hantar satu awek untuk Boss dia. Mat ni pun standby la kat luar bilik, mana nak pi tau takut-takut pencegah maksiat mai. Pas lima minit awek tu masuk dalam bilik Boss dia tiba-tiba dia dengar suara yang kuat dari dalam bilik..

O.K.B : MATTTT !!!!...

Mat : Ada apa Boss...

O.K.B : Pasai pa hang cari bapok kat akuuuuu..aku kan kata awek...?

Mat : Laaa.....Tadi Boss kata cari awek yang spesial ....Boss selalu
kata yang spesial tu mesti telog dua...

O.K.B : ..????????????????????????


Sumber/Kredit Diberikan Kepada: http://himpunanlawak.blogspot.com/
Back to top Go down
View user profile http://astralcommunity.clubdiscussion.com
katakmalaya
Moderator
Moderator


Posts : 6
Join date : 08/11/2010

PostSubject: Re: Koleksi Lawak Jenaka   11th November 2010, 3:51 pm

la nie..
admin da mabuk edit f0rum..
Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile
Admin
Admin
Admin


Posts : 92
Join date : 04/11/2010
Age : 30
Location : Negara Atas Awan

PostSubject: Re: Koleksi Lawak Jenaka   12th November 2010, 8:04 am

hahahahaha..

sungguh jenaka kata-katamu itu katakmalaya.. Rolling Eyes Rolling Eyes Rolling Eyes
Back to top Go down
View user profile http://astralcommunity.clubdiscussion.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Koleksi Lawak Jenaka   Today at 7:12 am

Back to top Go down
 
Koleksi Lawak Jenaka
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Forum Astral Projection Malaysia :: SEMBANG KOSONG :: Sembang Kedai Mamak Baik Punya-
Jump to: